Monday, July 17, 2006
Aku bingung sama skali.
Bingung dengan karenah manusia yang tiada ubahnya
Bingung dengan mereka yang terkejar-kejar.
Terkejar-kejar dengan pangkat, wang, dan harta.
Tidakkah mereka sedari bahawa semua itu tidak penting?
Yang penting adalah apa yang terdapat disudut hati masing-masing.
Yang penting adalah meluahkan kasih sayang pada yang tercinta.
Yang penting adalah mengejarkan masa untuk bersama yang tercinta.
Bukannya wang, pangkat dan harta.
Itu semua tidak dapat menjaminkan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Aku pelik melihat manusia ini.
Mengapakah begitu payah untuk mereka bermaaf-maafan?
Sedangkan Allah Yang Esa bisa memaafkan hambaNya,
Mengapa tidak kita?
Yang hanya insan biasa?
Aku ingin tahu erti kehidupan ini.
Adakah ia setakat apa yang dapat dilihat?
Apa yang dapat didengari?
Apa yang diajari di sekolah?
Ataupun ia sesuatu yang harus dicari,
difahami dan dinanti?
Adakah kehidupan ertinya peperangan, keperitan, kederitaan dan kebencian?
Ataupun ia Cinta, yang tidak dapat dilihat
Tetapi kuasanya sangat-sangat dirasai.
Kalau benar,
Apa itu cinta?
Adakah ia satu ilusi manusia?
Ataupun ia benar-benar wujud?
Kalua ia wujud, tahukah kau erti cinta itu?
-Atika
Luahan Hati Dua Insan 6:13 PM